Bayaran gaji Januari berdasarkan SSM

January 9th, 2012 Posted by admin | No Comments | Filed in Pendidikan, Semasa

KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.

“Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA

 

Mayat mangsa lemas berpelukan

January 1st, 2012 Posted by admin | No Comments | Filed in Kemalangan

JENAZAH salah seorang mangsa lemas dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang di Gerik semalam.

 

GERIK – Mayat tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang hanyut selepas sampan mereka terbalik di Sungai Perak berhampiran Kuala Kenderong dekat sini pada Khamis lalu dijumpai awal pagi semalam.

Mayat Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11, dan adiknya, Muhammad Adham Hamiz, 8, ditemui terapung kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi.

Agak mengharukan apabila mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan oleh seorang penduduk kampung yang sedang memeriksa pukatnya di tebing Sungai Perak berhampiran Titi Air Ganda dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mayat Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, pula ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi.

“Mayat tersebut dijumpai di kawasan Tasik Chenderoh iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa pertama dan kedua ditemui,” katanya di sini semalam.

Jenazah tiga kanak-kanak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang di sini selepas solat Zuhur.

Kosmo! semalam melaporkan tiga kanak-kanak tersebut hilang selepas menaiki sampan milik bapa saudara mereka di Sungai Perak pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu.

Sumber : Kosmo

Ibu, ayah maut bersama

January 1st, 2012 Posted by admin | No Comments | Filed in Kemalangan
USUNG... jiran dan ahli keluarga Fizree membantu mengangkat mayat bapanya untuk dibawa ke Temerloh dari HKKB semalam.
USUNG… jiran dan ahli keluarga Fizree membantu mengangkat mayat bapanya untuk dibawa ke Temerloh dari HKKB semalam.

KUALA KUBU BHARU: “Saya terkilan kerana tidak sempat menyambut tahun baru bersama ibu bapa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri,” kata Fizree Mohd Zakry, 25, mengulas tragedi menimpa keluarganya di Kilometer 419.5 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan persimpangan susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, kereta Proton Waja dinaiki ibunya, Latifah Hashim, 48, bapanya, Mohd Zakry Othman, 56, bersama tiga penumpang lain dikatakan terbabas lalu merempuh besi penghadang lebuh raya.
Menurutnya, ibu bapanya maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Noor Fauzana, 22, Mohammad Fakrul, 17, dan rakan adiknya, Mohamad Ramadan Firdaus, 17, cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Saya bergegas dari Terengganu ke Hulu Selangor apabila menerima panggilan daripada dua adik yang terbabit dalam kejadian itu, semalam.
“Sungguh terkilan apabila saya tidak dapat bertemu ibu bapa untuk menyambut tahun baru di Temerloh, Pahang. Tuhan lebih sayangkan mereka,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, semalam.

Fizree berkata, keluarganya dalam perjalanan pulang ke Felda Hulu Jempol, Temerloh, Pahang selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan jiran mereka di Alor Setar, Kedah.

 

Beliau yang turut berkunjung ke Kedah bagaimanapun pulang lebih awal kerana menyambung kerja di Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

 

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan yang mengantuk lalu terbabas dan melanggar besi bucu penghalang lebuh raya.
Katanya, kereta mangsa remuk teruk dan Mohd Zakry tertusuk besi yang membengkok di dalam kereta sepanjang tiga meter.
“Isteri mangsa, Latifah ditemui tercampak dua meter dari kereta melalui cermin depan. Sepasukan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Kuala Kubu Bharu membantu mengeluarkan mayat mangsa dan tiga yang cedera,” katanya.

Sumber : HMetro

Samoa paling awal sambut tahun baharu

January 1st, 2012 Posted by admin | No Comments | Filed in Umum

ORANG ramai memenuhi kawasan sepanjang laluan Beach Road di Apia, Samoa ketika waktu menghampiri pukul 12 tengah malam Khamis lalu untuk berpesta.

 

APIA, Samoa – Samoa menjadi negara pertama di dunia meraikan sambutan tahun baharu 2012 kerana garis masa antarabangsa meletakkan negara yang terletak di kepulauan Pasifik itu 24 jam lebih awal berbanding masa di negara-negara lain.

Samoa dan negara jirannya, Takelau terletak hampir dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentasi Lautan Pasifik secara menegak.

Kedua-dua set gugusan pulau itu mengambil keputusan untuk menjajar semula diri mereka dari bahagian Amerika ke arah bahagian Asia pada tahun ini.

Langkah itu sekali gus membuatkan Samoa menjadi negara pertama yang menyambut tahun baharu. Rakyat Samoa mengadakan sambutan tahun baharu pada tengah malam Khamis, 29 Disember 2011.

Samoa juga melepasi hari Jumaat dan terus berada dalam zon waktu 12:01 tengah malam pada malam tahun baharu. Maka tidak hairanlah jika pantai-pantai di negara tersebut dipenuhi oleh pengunjung dan rakyat tempatan yang ingin berpesta. – Agensi

Tags: ,